#FYP : Cabaran Menulis Novel Pertama

Kurang daripada dua bulan lagi sebelum berlangsungnya Adikarya bagi para pelajar tahun akhir Major Penulisan, dan setiap dari kami sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan-persiapan terakhir karya sendiri.

Adikarya merupakan pameran besar-besaran buat pelajar Seni Kreatif ( Major Penulisan) untuk memperkenalkan projek akhir mereka kepada khalayak ramai. Terbuka kepada orang awam, pameran ini akan diadakan di foyer Fakulti Kemanusiaan Seni & Warisan, UMS, selama dua hari.

Pada saat akhir ini, jujur, aku masih belum punya keyakinan untuk menghantar projek ini. Masih terlalu banyak yang perlu dan boleh dibaik pulih. Bagi aku, ini antara perkara yang paling mencabar pernah aku lakukan.

Ini merupakan kali pertama aku menulis karya dalam skala sebegini besar. Tanpa hala tuju yang jelas, memang mudah untuk aku hanyut dibawa kebingungan.

Tapi, aku tiada pilihan lain. Boleh atau tidak, aku tetap perlu mempersembahkan sesuatu pada tarikh yang sudah ditetapkan.

Untuk sedapkan hati, aku bagitahh sahaja ini bukan pengakhiran. Sudah pasti aku masih boleh mengerjakan manuskrip ini, walaupun aku sudan tidak bergelar mahasiswi di sini.

Proses menulis memang mencabar, ya! Tapi pada masa yang sama aku mahu menghayati setiap langkah/detik dalam menghasilkan karya akhir ini. Sengaja aku letak impian tinggi-tinggi, kalau tidak, selamanya lah aku siok sendiri. 

Kelmarin, aku mengambil inisiatif untuk menghasilkan grafik berkaitan dengan novel ini. Bab-bab editing menggunakan software seperti Adobe Illustrator dan Photoshop memang bukan bidang aku, tapi aku mahu belajar.

Jadi melalui tutorial di Youtube, aku cuba hasilkan vector art bagi karakter utama aku.

Cubaan kali pertama memang tidak menjadi. Esoknya aku bangun dengan niat hasilkan setidaknya satu dan inilah hasilnya...


Belum puas hati lagi, masih banyak faktor yang perlu aku gubah.

Aku bercadang untuk terus hasilkan grafik-grafik sebegini untuk watak-watak yang lain. Jadi aku akan muat naik secara berkala, sebagai pengenalan kepada watak-watak yang mewarnai jalan cerita ini.

Seterusnya aku akan hasilkan cadangan kulit novel pula!

Nantikan post seterusnya ya!

P/s: Boleh pula guruku bilang cover buku ku bidak ya! Mahu menidakkan pun, ada betulnya juga 😂

El x


Comments

Popular Posts