ADIKARYA 2019
ADIKARYA, program yang tidak asing lagi bagi pelajar Major Penulisan.
Dianjurkan oleh mahasiswa Tahun 3, tapi dari tahun pertama lagi sudah dilatih untuk turut serta dalam pengurusan program ini.
Masa baru masuk universiti, kami akan tolong senior-senior dalam pengurusan di sebalik tabir program ini. Pengalaman ini membuatkan aku selalu tertanya-tanya, bagaimana agaknya bila tiba giliran aku pula untuk menghasilkan karya akhir kelak? Mampukah hasilkan sesuatu yang punya harga?
Sebagai projek akhir, aku pilih untuk menulis sebuah novel. Pilihan yang gila, siapa sahaja yang boleh menghasilkan sebuah novel dalam tempoh masa kurang daripada tiga bulan?
Pejam celik-pejam celik, kami sudah berada di tahun akhir dan projek akhir aku pun sudah siap -- manuskrip sajalah..
Kini, giliran kami pula untuk menjayakan Adikarya.
61 karya yang bakal dipamerkan, hasil titik peluh rakan seperjuangan.
Masing-masing daripada mengangkat mesej dan genre yang berbeza.
Ada yang memilih untuk menghasilkan penulisan akademik dan ada juga yang memilih untuk menghasilkan karya kreatif. Masing-masing dengan cabaran tersendiri.
Ndak akan aku lupa minggu-minggu terakhir sebelum berlangsungnya pameran ini. Jalan ke sana-sini untuk mencukupkan bahan. Jalan kaki di bawah panas matahari untuk mencari kotak dengan kawan-kawan lain.
Penat, lapar, kepanasan dengan duit yang ntah ada ka tiada, tapi kami gembira. Masih mampu berketawa, disebalik strugglenya hari-hari itu.
Tapi kerana tahu punya kawan yang sentiasa ada untuk bantu, sama-sama jatuh dan rasa susah, hati kami lapang. Jalani sahaja semua kerana di penghujung hari, itulah yang akan dikenang.
Macam mana di saat-saat akhir, kami semua masih berhempas pulas di fakulti hingga lewat malam. Rasa risau membuak-buak, tapi masih boleh tertawa.
Aku bantu dia, dia bantu aku.
Rindu.
Sebagai projek akhir, aku pilih untuk menulis sebuah novel. Pilihan yang gila, siapa sahaja yang boleh menghasilkan sebuah novel dalam tempoh masa kurang daripada tiga bulan?
Jujur lah kan, aku memang nda boleh. Yang aku hasilkan itu pun anggap draf sahaja.
Jadi aku anggap ini suatu cabaran untuk setidaknya menghasilkan manuskrip pertama.
Untuk menjadi seorang penulis, kenalah menulis kan? Senang cakap, tapi aku sendiri pun biasa tinggal dalam kepala, idea meliar. Tapi tiada juga angkat pen, tiada juga menulis dan akhirnya ia hanyalah idea yang disiakan.
Jadi aku nekad untuk menulis novel pertama, seteruk apa pun hasilnya.
Kalau orang-orang bilang, "Write. Keep writing, regardless of how bad it is. You need to get it out of your system."

Jadi aku pun menulis, waktu malam atau subuh-subuh adalah masa paling baik buat aku.
Perasaan bila hantar manuskrip untuk ditukar kepada bentuk buku susah untuk digambarkan. Mau bangga pun susah, bukan baik sangat pun. Macam membazir pun ada,
Tapi kerana itu adalah syaratnya, aku turuti sahaja.
Sebelum pameran Adikarya, aku perlu membentang di hadapan dua orang penyelia yang hebat-hebat belaka, habis aku kena tembak.
Segala apa yang aku hasilkan, dipersoalkan dengan soalan-soalan pedas. Tapi aku sudah cakap dengan diri sendiri, dari awal lagi.

Karya yang sudah aku hasilkan ini sudah aku fikirkan dari awal sampai habis, apa lagi mahu takut?
Kalau ada yang silap, aku akan betulkan kerana memang itu tujuan aku di sini, untuk menimba ilmu.
Balik ke tujuan asal entri ini, novel aku.
Susumangod atau pahlawan, sebuah tajuk yang aku pilih menjadi simbolik kepada kisah ini.
Balik ke tujuan asal entri ini, novel aku.
Susumangod atau pahlawan, sebuah tajuk yang aku pilih menjadi simbolik kepada kisah ini.
Penanda Buku Novel Susumangod
Mungkin asalnya buku ini dihasilkan atas tujuan menyiapkan projek akhir, tapi aku tidak mahu ia terhenti di sini sahaja. Memang masih jauh perjalanan aku, tapi aku akan teruskan. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia menjadi realiti.
el.

Comments
Post a Comment