ajar



terlalu banyak kisah yang ingin diceritakan, 
seperti waktu dulu, 
duduk bersama berkongsi tangis dan gelak tawa.

tapi sayangnya sudah pergi,
Tuhan memanggil mu pulang.

kehilangan yang terlalu cepat,
tidak diduga.

kami kehilangan rumah,
tempat berteduh.

di mana dan sejauh mana pun keberadaan,
hanya doa mampu kami titip,
dengan harapan berjumpa lagi di suatu masa.

kepergian mu juga menjadi antara pengajaran terbesar,
jatuh tersungkur,
tidak ada pilihan lain selain bangkit semula,
dan meneruskan perjuangan.

terima kasih,
kerana tunjuk ajar, 
kami mampu berdiri di sini.




e.m
6 Nov 2021

Comments

Post a Comment

Popular Posts