jurnalis?
tiap manis, pahit
walau hari dan waktu
seperti tak berpenghujung,
tiap puji, kritik-
kerana bila tiba waktu berpaling arah,
serasa mati.
4.02.2022
Tiga tahun sejak aku secara tidak sengaja terjun dalam bidang ini, berlalu begitu saja.
Bermula dengan apply latihan amali di syarikat akhbar tertua, sebab 'dekat rumah'. Tidak tahu menulis berita, tidak tahu apa sebenarnya tugas 'jurnalis', hanya datang berbaju kurung berbekalkan beg laptop kosong -- melapor diri.
Aku disuruh tulis berita pertama, hari pertama turun padang. Aku tengok skrin komputer, dia tengok balik dan begitulah sampai dua jam.
Tapi aku mahu balik, jadi aku cuba tulis. Lepas tu aku diam, tatap skrin. Sampai bos minta story, kasi tebal muka, emel dan balik.
Esok pagi beli surat khabar, gumbiraaaaa! Tulisan aku keluar. Aku tangkap gambar dan hantar pada arwah penasihat ku, Cikgu Don.
Dia suruh buat lebih baik, mana tahu ada rezeki.
"Mana tahu satu hari kau jadi wartawan."
2022.
hari ini,
aku sini,
tapi arwah cikgu sudah pulang ke negeri abadi.
kadang,
maaf aku terlupa,
dan terdetik untuk memberi khabar,
sebelum realiti menyedarkan.
terima kasih cikgu, itu kata terakhir aku padanya, pada perjumpaan terakhir, dan pesanan Whatsapp terakhir-
dan sampai lah hari ini.


Comments
Post a Comment